Teksi: Sabar Dah Hilang Agaknya?

Pemandu teksi mencatat sejarah sebagai kumpulan pertama masyarakat yang bangkit dengan berdemo di bangunan Parlimen Jun lepas apabila janji pilihanraya mengenai mereka, tidak dilaksanakan regim Malaysia baru.

Hari ini (semalam), berdemo lagi, dengan orang kuat dia sendiri pun – yang secara terbuka menyokong pembangkang sebelum PRU14  lepas, lanjutan dari “janji” untuk menghapuskan sistem E-hailing yang disebar secara meluas malam sebelum hari mengundi (tapi tak dilaksanakan), turut ikut sama memprotes kerana merasa kena tipu.

Di Langkawi pulak khabarnya, ada ‘orang’ diterpa dengan kata-kata kesat.

Mengikut banyak komen di media sosial berhubung isu sama, ada berpandangan sakit hati tu bukan setakat sebab janji nak hapuskan E-hailing ini tidak dilaksanakan, malah pendekatan ‘sementara’ yang diambil untuk menangani masalah pemandu teksi ini, sama dengan apa yang dibuat kerajaan BN terdahulunya.

Dari insentif RM 5,000 sebagai wang pendahuluan mendapatkan kereta baru bagi menyertai sistem e-hailing dan sebagainya yang diumumkan Menteri berkaitan bagi menjawab persoalan kenapa janji tak dilaksanakan, hampir semuanya adalah meniru apa yang dicadangkan kerajaan BN terdahulu.

Itu (cadangan) dulu yang ditolak pemandu teksi, itu juga yang diteruskan balik dibawah regim Malaysia baru, menurut komen-komen tersebut.

Kalangan netizen juga ada yang membangkitkan bagaimana sebelum PRU14, banyak perjumpaan diadakan oleh puak-puak yang membentuk regim Malaysia Baru hari ini dengan golongan pemandu teksi sehinggakan kerajaan BN ketika itu dikatakan tidak mengambil berat tentang nasib mereka, puak ini yang ambil berat.

Rakyat Malaysia yang lain seharusnya mengambil endah apa yang dilakukan kumpulan pemandu teksi ini apabila menuntut hak mereka yang sekarang ini “dinafikan”.  Ramai dari kita, macam mereka juga, menukar kerajaan kerana termakan dengan janji-janji manis itu semua.

Penyudahnya, apa pun takde.

sumber gambar: Internet

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker