Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 45 pertuduhan  pecah amanah, menerima  wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit.

Pengakuan tersebut  dibuat di hadapan  Hakim Azura Alwi setelah pertuduhan dibacakan secara bergilir-gilir oleh empat jurubahasa.

Ahmad Zahid didakwa atas 45 pertuduhan dengan 10 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan menerima suapan dan 27 pertuduhan penggubahan wang haram melibat jumlah lebih RM100 juta.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di  Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, melalui Jalan Masjid India dan Malayan Banking Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, Bangsar di sini antara 13 Januari 2014 dan 15 Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ahmad-zahid-mengaku-tidak-bersalah-1.770572#ixzz5ULHoAsj4

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker