Tawfik Ismail mahu lawan Zahid

#PRU15

Tawfik Ismail mahu lawan Zahid

Bekas Ahli Parlimen Benut Tawfik Ismail akan bertanding menentang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tawfik, anak kepada bekas timbalan perdana menteri kedua, Dr Ismail Abdul Rahman, ketika mengesahkan perkara itu kepada FMT berkata, beliau sedia melawan Zahid di mana saja pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bertanding.

Ia termasuk di Bagan Datuk, kerusi disandang Zahid, sejak 1995.

“Sudah tiba masa orang Melayu bangkit dan memperjuangkan nilai yang betul,” kata bekas ahli Umno itu.

Tawfik merupakan Ahli Parlimen Sungai Benut, di Johor, bermula 1986 hingga 1990, akan bertanding bawah Gerak Independent, inisiatif bersama mempromosikan calon bebas bagi PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 20 Okt, bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen, pada Isnin lalu. FMT

Tawfik Ismail mahu lawan Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker