Adakah strategi PH untuk menyelamatkan negara dan mengurangkan hutang ialah dengan mengurangkan kadar pelaburan, kadar pertumbuhan ekonomi dan menaikkan hutang negara – Najib

Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk tahun 2016 sehingga 2020 telah diedar dan dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Yang peliknya ialah kajian rasmi Kerajaan PH ini berpendapat bahawa prestasi ekonomi Malaysia adalah baik untuk 2016 dan 2017 walaupun dalam tahun-tahun ini, PH sendiri pernah berulang-kali memberitahu rakyat bahawa Malaysia sudah hancur dan di dalam krisis.

Kajian itu juga mengesahkan hutang kerajaan ialah pada tahap RM688 bilion pada akhir tahun 2017 manakala nisbah hutang dan defisit kerajaan di bawah BN juga menurun setiap tahun sehingga 2017.

Bagaimanapun selepas mengambil alih kerajaan, PH sudah mengubah sasaran RMK11 di mana unjuran pertumbuhan ekonomi setiap tahun telah direndahkan kepada 4.5% hingga 5% berbanding 5% hingga 6% sebelum ini.

Kadar dan jumlah pelaburan swasta dan kerajaan juga dirancang untuk berkurang pada tempoh ini.

Yang paling aneh ialah, Kerajaan PH juga berkata defisit kerajaan akan diteruskan, malah akan turut dinaikkan sehingga -3% pada tahun 2020 berbanding 0.6% dibawah BN.

Jangkaan untuk kerajaan mengalami defisit yang lebih tinggi dan berterusan ini bermakna kerajaan sudah merancang untuk meminjam lebih banyak wang.

Bagaimana hendak mengurangkan hutang negara yang mereka sering sebut sebagai RM1 trilion jika kita terus meminjam dan akan meminjam dengan lebih banyak untuk menampung defisit yang dinaikkan?

Ini matematik ataupun rancangan ekonomi jenis salah titik perpuluhan hantam sahaja ke?

Adakah ini bermakna bahawa strategi PH untuk menyelamatkan negara dan mengurangkan hutang ialah dengan mengurangkan kadar pelaburan, kadar pertumbuhan ekonomi dan menaikkan hutang negara?

*Imej yang dipapar merupakan keratan berita pagi ini dari media kerajaan.

FB NAJIB RAZAK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker