Usaha PH mahu bunuh UMNO

KENYATAAN MEDIA

1. Sekian lama sejak 1998 Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya memberi label jahat kepada ramai pemimpin termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sebagai peliwat dan tidak layak menjadi pemimpin. Rentetan itu, ramai pemimpin Islam menerima akibat dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala tokoh koporat dan usahawan menanggung banyak kerugian dan lingkup perniagaan.

2. Dr Mahathir kini nampaknya masih berusaha keras supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dianggap jahat oleh masyarakat apabila cuba memburukkan imej pemimpin Islam itu kononnya Yayasan Akal Budi yang diasaskannya menerima dana dari 1MDB. Salah satu aktiviti yayasan itu adalah mewujudkan sebuah sekolah tahfiz berhampiran rumah keluarganya di Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, dan sumber dananya adalah dari wang Dr Zahid sendiri selain sumbangan sahabat-sahabatnya.

3. Dr Zahid yang sebelum ini dilihat bersih dan kuat berpegang dengan ajaran agama, menyatukan alim ulama, menyuburkan aktiviti agama dan membela anak-anak tahfiz, kini cuba dicalarkan imejnya.

4. Jawatan Presiden UMNO sudah dianggap sebagai satu institusi dalam UMNO sejak parti keramat itu ditubuhkan pada 1946. Pakatan Harapan mahu membunuh imej Dr Zahid dengan tujuan memberikan gambaran buruk terhadap UMNO dan seterusnya membunuh parti yang selama ini menjadi sandaran orang-orang Islam dan memelihara kesejahteraan serta nasib rakyat pelbagai kaum dan agama. Itulah juga yang dilakukan terhadap mantan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga menyebabkan BN gagal mempertahankan kerajaan dalam PRU14.

5. Tindakan zalim Dr Mahathir ini tidak lain hasil dari kekecewaan beliau yang sebelum ini gagal memujuk Dr Zahid supaya membubarkan UMNO yang menjadi ancaman utama politik keluarga Dr Mahathir, kroni dan PPBM.

6. Kita percaya tindakan Dr Mahathir tersebut adalah bertujuan melenyapkan UMNO dan mendorong orang Melayu berpaut kepada PPBM dan menjadikan partinya itu sebagai satu-satunya parti Melayu terkuat dalam negara ini.

7. Saya menyeru ahli-ahli UMNO, orang Melayu, umat Islam dan seluruh rakyat mempertahankan Dr Zahid yang kini dizalimi oleh kerajaan Malaysia Baru melalui pendakwaan bermotif politik yang kejam dan tidak masuk akal.

DATO MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim

Related Articles

One Comment

  1. Kebimbangan Tun M ialah kalau Datuk Zahid bersekongkol dgn DS Anwar kerana DZH pernah menjadi penyokong DSAI. Tak mustahil perkara ini berlaku kerana ia akan mengukuhkan deal Anwar yg Tun M x boleh menidakkannya. Ketika ini pun Tun M lebih condong kepada Azmin.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker