Hapus tol : Adakah rakyat Malaysia bermimpi – Baru Bian

Share


Hapus tol hanya mimpi rakyat Malaysia?

“Adakah rakyat Malaysia bermimpi? Itu terpulang kepada rakyat.”

Demikian maklum balas Menteri Kerja Raya, Baru Bian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menjelaskan adakah rakyat Malaysia perlu berhenti mimpi untuk memiliki lebuh raya tanpa tol di negara ini.

Baru Bian bagaimanapun menegaskan, kerajaan tidak akan menghapuskan tol di seluruh negara seperti mana terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH) sehingga kewangan negara dipulihkan.

“Saya ingin katakan sekali lagi, dasar kerajaan ini adalah jelas dan kita tidak akan hapuskan tol sehingga keadaan negara ini dipulihkan dan sampai satu tahap yang sihat.

“Itulah dasar dan keputusan kerajaan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE



One thought on “Hapus tol : Adakah rakyat Malaysia bermimpi – Baru Bian

  • October 18, 2018 at 12:32 pm
    Permalink

    Pukimak la PH. Alasan hingga kewangan stabil. Kenyataan subjektif. Sampai bila?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *