Wang Rampasan RM116.7 juta : UMNO akan dedah bukti di mahkamah – Ahmad Zahid

Share


UMNO akan mendedahkan bukti di mahkamah apabila tiba masa sesuai berhubung wang rampasan RM116.7 juta di Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di sini, Jun lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, pihaknya menghormati pandangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun akan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Kita akan kemukakan (bukti) di mahkamah nanti apabila tiba waktunya.

“Apa pun, kita akan ikut proses perundangan berikutnya termasuk membawa kes ini ke mahkamah dan biar mahkamah yang memutuskannya,” katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md. Ali berkata, kerajaan akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman oleh UMNO berhubung tuntutan wang RM116.7 juta yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipulangkan.

UTUSAN ONLINE.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *