Gambar dalam “bath tub” : Syed Saddiq bengang dengan media.

Share


Gambar dikecam netizen, Syed Saddiq nasihatkan media

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi peringatan kepada pengamal media supaya berwaspada ketika melaporkan berikutan kecaman diterima beliau selepas berkongsi gambar tidak berbaju di dalam tab mandi dalam media sosial.

Meskipun ‘kesilapan’ itu dilakukan sendiri oleh Ahli Parlimen Muar tersebut, namun Syed Saddiq tidak semena-mena menuding jari kepada media.

“Kalau boleh buat liputan mengenai isu yang lebih pentinglah. Itu saya rasa lebih mustahak.

“Media pun was-was (waspada) buat laporan juga,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Syed Saddiq memuat naik gambarnya tidak berbaju di dalam tab mandi dalam laman sosial selepas menyertai program bersempena Hari Sukan Negara.

Malang bagi beliau apabila tindakan itu menerima kecaman dalam kalangan netizen.

Mungkin menyedari tindakannya itu tidak disenangi netizen, Syed Saddiq membuat keputusan memadam gambar tersebut. – UTUSAN ONLINE


One thought on “Gambar dalam “bath tub” : Syed Saddiq bengang dengan media.

  • October 16, 2018 at 10:27 pm
    Permalink

    Begitulah dugaan2 kecil bila menjadi pemimpin di era siber sekarang.
    Ingat tak peristiwa ketika Najib menyebut pasal kangkong turun harga? Ingat tak ketika Ahmad Mazlan menyuruh. pelajar IPT/S masak makanan sendiri utk berjimat?

    Walaupun perkara ini disebut tidak sampai seminit dan ia bukanlah isu utama (disebut sebagai contoh) ketika berucap tapi media pembangkang ketika itu tetap juga mengeksploitasi isu tersebut hingga menimbulkan rasa marah netizen yang tidak mendengar keseluruhan ucapan. Sebulan perkara ini dijadikan lawak.

    Begitulah yang terjadi kepada Dr. Mazlee berkaitan kasut dan stokin sekolah. Bersabarlah YB..Kalau tak sabar boleh jadi macam kes YB Norhizam pula..lagi marahlah orang ramai bila melihat perangai YB macam tu.

    Tapi kalau ada YB up gambar tak pakai baju dalam bathtab..lepas tu marah bila kena kritik, tak tahulah siapa yang bodoh dulu..YB ke? Media ke? atau pengkritik?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *