Kadir Jasin menuduh beberapa Sultan menghalang Mahathir dari menjadi PM

Kadir kata sultan ‘berkempen’ halang Dr M pengetahuan umum

PETALING JAYA: Editor veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini berkata adalah menjadi pengetahuan umum beberapa sultan “berkempen” menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke arena politik.

Beliau mengulas ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam, mengatakan Agong ada menawarkan jawatan perdana menteri kepadanya selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Pengesahan dan ulang sebut ini penting kerana rakyat, khususnya pengundi yang memilih PH, berhak mengetahui tindak balas Agong terhadap keputusan mereka memilih PH,” kata Kadir di blognya.

Menurut Kadir, Wan Azizah berkata dia ditawarkan jawatan itu kerana PH menang pilihan raya dengan lambang PKR dan dia adalah presiden parti.

Editor veteran berkata ketika itu semua orang tahu calon perdana menteri PH adalah Dr Mahathir, kerana persetujuan parti-parti komponen itu dihebahkan kepada umum.

“Jadi rakyat tahu dan satu dunia juga tahu calon perdana menteri ialah Dr Mahathir dan bukan orang lain,” katanya.

Beliau seterusnya menyorot perhatian pembacanya kepada peristiwa Istana Kelantan menarik balik gelaran Dr Mahathir pada 6 Februari lepas, 3 bulan sebelum PRU14.

“Penarikan balik darjah tertinggi Kelantan itu dilihat sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir oleh Istana Kelantan.

“Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa beberapa orang sultan secara tersurat dan tersirat ‘berkempen’ menghalang kepulangan Dr Mahathir ke arena politik tanah air,” katanya.

Beliau berkata ucapan oleh Wan Azizah itu mengesahkan tekaan orang ramai.

FMT

Related Articles

2 Comments

  1. Apa kebendalah kak zizah & siKadir ni merepek. Perkara dah berlaku..lama dah..tak perlu diungkit2 lagi..Jika betul nak bawa negara maju kedepan, jangan sebut perkara2 remeh sebegini pada waktu sekarang atau ketika membuat ucapan yg sekadar untuk menyedapkan telinga rakyat dan penyokong(macai) anda.

    Hentikan..dan tumpu kepada pembangunan negara & umat Malaysia. Negara ini kamu dah pegang..bekerjalah dan berkhidmatlah dengan jujur. Kamu pemimpin..bukan pembangkang..bingai.

  2. Kadir jasin dah nyanyuk..x blh pakai..dah tua..bgi dkt org muda la plk..awak duk diam2 main dgn cucu..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker