Adakah wajar Khazanah dan PNB melepaskan asetnya demi menambah wang kerajaan ?

Adakah wajar untuk kerajaan (Khazanah dan PNB) untuk melupuskan aset-asetnya walaupun aset bukan strategik untuk melangsaikan hutang atau untuk menambah wang negara ?

Ini hanya akan membantu kewangan negara bagi jangkamasa yang pendek tetapi bagi jangkamasa yang panjang ia sesuatu yang merugikan pendapatan bagi pihak yang menjual. Melalui pelaburan ke atas aset-aset inilah Khazanah dan PNB dapat membuat pelaburan-pelaburan baru dan dapat mengembalikan keuntungan kepada kerajaan dan para pelabur mereka.

Kerajaan tidak patut mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan menjual aset-asetnya. Tabiat sebegini tidak digalakkan dalam perniagaan kecuali hasil penjualan aset tersebut digunakan untuk melabur ke dalam sesuatu perniagaan yang lebih menguntungkan bukan hanya untuk mengukuhkan kewangan styarikat sahaja.

Cukuplah dahulu kita banyak memberikan aset-aset penting kepada swasta yang pada akhirnya membebankan rakyat dan negara. Benarkan Khazanah dan PNB membuat keputusan mereka tanpa tekanan dari kerajaan.

Kita berharap Tony Pua dapat memberi senarai aset-aset bukan strategik yang dinyatakannya.

Berikut adalah kenyataan Tony Pua seperti yang dikeluarkan oleh FMT.
Khazanah, PNB akan lepaskan aset bukan-strategik, kata Tony Pua

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan menyemak semula dan melepaskan aset bukan-strategik sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan mengurangkan kos, kata setiausaha politik menteri kewangan, Tony Pua semalam.

Pua berkata, Khazanah, sebagai salah satu pihak berkepentingan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama, serta PNB akan mengkaji semula pegangan mereka.

Kementerian juga akan melihat kepada pegangan bukan-teras dan aset bukan-strategik bagi membolehkan kerajaan meneroka nilai penuh mereka, katanya dalam satu perbincangan panel bersempena persidangan pelaburan “Malaysia: A New Dawn, di sini semalam.

Turut menjadi ahli panel ialah bekas menteri perdagangan dan industri Tan Sri Rafidah Aziz; pengerusi biro dasar dan strategi PPBM Datuk Dr Rais Hussin dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pua berkata kementerian akan bekerjasama dengan sektor swasta dalam menentukan bagaimana aset terbabit boleh dilepaskan dengan cara yang teratur.

“Langkah ini akan mencapai 2 tujuan, iaitu ia meningkatkan penyertaan sektor swasta dan menambah wang kerajaan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker