Kerajaan mansuh projek rakyat bukan khabar angin lagi

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan kesal dengan sikap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berdiam diri berhubung status 4,000 di seluruh Parlimen bernilai kira-kira RM130 juta.

Katanya, dakwaan pemansuhan semua projek tersebut sehingga akhir Julai 2018 bukanlah khabar angin.

Menurutnya, semua projek tersebut adalah Projek Mesra Rakyat di setiap Parlimen kecuali di Wilayah Persekutuan dan Perlis dengan dana khas diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan dan diselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Maklumat ini telah dibundarkan dan berdasarkan anggaran yang boleh dikemukakan sahaja. Antara negeri tersebut adalah Johor sebanyak 800 projek berjumlah RM9 juta, Perak 600 projek berjumlah RM20 juta, Negeri Sembilan 500 projek berjumlah RM9 juta, Kedah 500 projek berjumlah RM9 juta dan Sarawak 500 projek berjumlah RM42 juta.



“Ia adalah maklumat yang perlu dijelaskan oleh Guan Eng,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir meminta rakyat tidak percaya khabar angin kononnya Kerajaan PH akan membatalkan semua projek-projek pembangunan yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Katanya, khabar angin sedemikian sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran kerajaan sekarang yang lebih telus serta untuk menakut-nakutkan rakyat.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, projek-projek tersebut dikatakan telah diluluskan tetapi dibatalkan oleh kerajaan hari ini.



“Ia bukan projek mega dan mempunyai kepentingan yang sangat signifikan kepada keperluan rakyat.

“Oleh sebab itu, Menteri Kewangan mesti memberi penjelasan berhubung perkara ini supaya projek-projek yang melibatkan kepentingan langsung kepada rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Sinar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker