Lim Guan Eng mendakwa beliau selamatkan RM5.22 Bilion bila runding semula projek MRT2.

oleh Ab Jalil Backer

Lim Guan Eng mendakwa beliau selamatkan RM5.22 Bilion bila runding semula projek MRT2.

Caranya ialah Projek MRT2 yang sedang dilaksanakan separuh jalan tukar kepada turnkey contractor.

Kononnya cara ini dapat jimatkan RM5.22 bilion bersamaan 23% daripada kos projek.

Guan Eng perlu jelaskan apa sebab bila buat konsep Turnkey Project boleh jimat sebanyak itu.

Guan Eng juga perlu terangkan bagaimana sesebuah projek yang sudah berjalan boleh ditukar kepada konsep turnkey contractor? Apa maksud turnkey ini?

Paling akhir apakah penukaran konsep ini bermakna tiada lagi syarat pembabitan sekurang-kurangnya 40% bumiputera dalam pembinaan MRT2.

Dalam MRT Fasa 1, 51% daripada kerja MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) telah dilaksanakan oleh kontraktor Bumiputera. Tender terbuka sesama kontraktor bumiputera telah dilaksanakan dalam fasa ini.

Bila hendak jimat sahaja mesti bumiputera jadi sasaran.

Menipu penyokong PH bolehlah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker