Rupanya CEO PetroSaudi Bukan Najib Razak Dalam Saman DOJ

Mahkamah Amerika Syarikat (US) telah menolak pemohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi, Tarek Obaid untuk dilepaskan daripada tuntutan saman Jabatan Kehakiman AS (DOJ) berkaitan 1MDB.

Menurut Malaysiakini.com, Mahkamah menolak permohonan Tarek untuk mempertimbangkan semula keputusan 30 Ogos yang menolak permohonan yang sama. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permintaannya untuk mengesahkan perintah interlokutori itu supaya ini boleh dicabar di Mahkamah Rayuan US.

Dalam saman itu, DOJ memohon untuk melucutkan 2.5 juta saham Obaid dalam syarikat kejuruteraan perisian Palantir Technologies atas dakwaan beliau memperoleh firma itu pada harga AS$2 juta (RM8.28 juta) pada 12 Mac 2010 menggunakan wang diseleweng dari 1MDB.

Obaid pula mendakwa, Mahkamah Daerah California Tengah di mana prosiding itu dijalankan tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes itu dan saman merampas saham berkenaan harus ditolak. Dia memberi hujah melalui peguamnya bahawa ini disebabkan saham berkenaan terletak di luar US dan pemiliknya adalah warganegara asing yang tinggal di luar negara. Obaid memegang dua kerakyatan iaitu Switzerland dan Arab Saudi.

Saman DOJ terhadap Tarek ini selari dengan apa yang ditegaskan oleh MYKMU.NET sebelum ini bahawa skandal sebenar bukan skandal 1MDB dan Najib Razak tetapi lebih kepada skandal Petrosaudi dan IPIC.

Pembabitan CEO Petrosaudi dan IPIC dalam tuduhan menggelapkan pelaburan 1MDB sangat jelas kerana mereka telah dikenakan tindakan disiplin secara senyap oleh kedua-dua syarikat antarabangsa ini termasuk dipecat.

Jadi tentulah orang biasa yang melihat isu ini dengan teliti akan tertanya-tanya ketika US menjurus kepada pelaku sebenar, Malaysia masih cuba meletakkan kesalahan tersebut atas Najib Razak.

Related Articles

2 Comments

  1. Di Malaysia isu 1MDB hanya digunakan untuk menjatuhkan DS Najib sahaja….tak lebih dari itu..sampai ke hari ini tiada sabit kesalahan berkaitan 1MDB dikenakan pada DS Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker