MANA PERGI PERANAN MENTERI BELIA DAN SUKAN?

YB Syed Saddiq telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan oleh Tun Mahathir. ‘E-Sport’ antara perkara yang mendapat perhatian menteri muda ini. Tidak dinafikan beliau sekarang sangat pro-aktif dalam merancakan bidang ini. Namun, tidak salah rasanya kita mengingkatkan kembali bahawa idea ini telahpun diketengahkan oleh Datuk Seri Najib sejak tahun 2014.

Selain daripada ‘E-sport’, sukan seperti bola sepak, badminton, bola sepak dan banyak lagi harus diberi perhatian. Terutama sekali mengenai isu jurulatih bola sepak bawah-17 tahun, Lim Teong Kim yang dipecat kerana tidak mencapai KPI beliau untuk melayakan diri ke Piala Dunia B-17.

Isu ini telah menjadi isu yang hangat dan menjejaskan kredibiliti YB Syed Saddiq sebagai majikan kerana mendedahkan gaji jurulatih tersebut yang berjumlah RM 175 ribu tanpa dikenakan cukai setiap bulan. Perkara ini, jelas menburukkan sifat profesional menteri ini kerana gaji pekerja merupakan sesuatu yang sulit dan tidak patut didedahkan oleh majikan.

YB Syed Saddiq juga menempelak projek bola sepak NFDP telah menghabiskan RM 80 juta sejak tahun 2014. Projek ini merupakan pelan masa panjang untuk melahirkan bakat-bakat dalam bola sepak tanah air. Beliau sepatutnya bersabar dalam menentukan hala tuju projek ini dan membuat keputususan untuk campur tangan sekiranya projek ini terdapat masalah. Bukannya, mengambil keputusan terburu-buru dengan memecat Lim Teong Kim.

Seperti yang umum tahu, Lim Teong Kim berjaya melahirkan generasi emas untuk pasukan bola sepak Negara Jerman dengan melatih nama-nama besar seperti Thomas Muller, David Alaba, dan banyak lagi. Seterusnya, pasukan ini berjaya menjadi juara dunia untuk FIFA 2014.
Sebagai orang muda, saya juga ingin memberi cadangan kepada YB Syed Saddiq dalam menerajui Kementerian Belia dan Sukan dalam menentukan hala tuju belia di negara ini. Antara cadangan yang saya ingin kemukakan adalah meningkat pengetahuan belia mengenai Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0). Cadangan ini juga sebenarnya telah dilaksanakan oleh pemerintah dahulu. Namun, YB Syed Saddiq perlu sedar bahawa golongan belia sepatutnya dilatih dalam menguasi bidang ini bukan hanya diberi pendedahan sahaja!

YB Syed Saddiq juga boleh merangka beberapa kursus seperti digital marketing, artificial intelligence(AI), virtual reality(VR), big data dan beberapa lagi. Masalah brain drain yang sedang dialami oleh Malaysia sangat membimbangkan kerana bakat-bakat hebat yang ada di Malaysia cenderung untuk bekerja dan menyumbang kepada negara lain atas faktor gaji dan kekurangan pelan daripada kerajaan.

Antara kursus yang paling mudah dalam bidang Artificial Intelligence yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan mengadakan kursus menggunakan Excel VBA Programming. Software ini sangat senang berbanding dengan software yang lain kerana source code-nya boleh diterbitkan terus melalui Microsoft Excel.

Justeru, sebagai anak muda, saya masih tertunggu-tunggu apakah keistimewaan menjadi golongan belia di bawah kerajaan pemerintah yang baru sekarang ini. Golongan muda antara yang paling lantang dan kuat dalam mmenaikan parti pemerintah sekarang. Seharusnya, YB Syed Saddiq memandang serius dalam menggerakkan hala tuju negara dengan merangka pelan jangka masa panjang dan pendek untuk golongan ini.
Sekiranya, industri revolusi 4.0 (IR 4.0) ini diabaikan dan golongan belia tidak mendapat manfaat daripada arus teknologi ini. Pasti, negara kita tidak dapat bergerak ke hadapan kerana masih mempercayai kepada industri automotif dalam mengerakan ekonomi negara.

YB, SYED SADDIQ, ANDA SANGAT PASIF DALAM MEMARTABATKAN TEKNOLOGI UNTUK GOLONGAN BELIA!

Mohamad Khaled
Persatuan Pemikir Muda Johor

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker