Isu Harga Rumah : Guan Eng hanya berharap saja – Najib

Hari ini, Lim Guan Eng menjawab tulisan saya tentang harga rumah yang dipaparkan di sini semalam.

Saya agak kecewa dengan jawapan diberikannya kerana harga rumah adalah antara masalah besar dihadapi rakyat.

Dia cuma menjawab bahawa harga tanah mengikut harga pasaran dan kerajaan tidak mampu mengawal ataupun mempengaruhi harga tanah.

Guan Eng langsung tidak mengulas tentang tiga cadangan yang saya berikan untuk menurunkan harga tanah dan rumah seperti dihantaran saya semalam disini:
https://www.facebook.com/…/a.10151787553…/10155619680230952/

Guan Eng berkata beliau hanya boleh berharap pemaju akan menurunkan harga rumah dengan sukarela kerana ada beberapa bahan mentah pembinaan sahaja yang dikecualikan dari cukai SST walaupun rata-rata pemaju dan pakar hartanah sudah menegaskan bahawa pengecualian ini tidak akan menurunkan harga rumah.

Dia berharap sahaja.

FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker