UMNO dan Pas akan hadir muktamar dan perhimpunan agong

Tautan kerjasama antara UMNO dan Pas semakin erat apabila kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu mengesahkan akan hadir dalam perhimpunan agung serta muktamar parti masing-masing yang berlangsung bulan ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan menjemput pemimpin Pas hadir dalam perhimpunan agung pada 29 dan 30 September ini, manakala Pas juga akan berbuat perkara sama bagi muktamar di Terengganu bermula 14 September.

“Kalau dijemput (ke muktamar) kita akan hadir dan saya difahamkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah memaklumkan hal sama, akan hadir (ke perhimpunan agung).

“UMNO akan jemput Pas, Pas akan jemput UMNO dan kita akan sama-sama menghadirinya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Pas Selangor di Ibu Pejabat Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

One thought on “UMNO dan Pas akan hadir muktamar dan perhimpunan agong

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.