Topup Masih Dikenakan SST? Jika Benar, Apa Telco Tak Takut Menterikah?

Saya baca di media social, masih ada pengguna yang mengadu mereka dikenakan SST bila membuat isian semula kad prabayar atau topup.  Ada yang kata, topup RM 30 tapi dapat RM 28.30 sahaja dan ada yang mengadu topup RM 100 tapi dapat RM 94.++ sen macam itu.

Memanglah kalau nak ikutkan jumlah ni sikit tapi kalau dah ramai yang kena, banyaklah juga.  Sikit tak sikit pun, kalau ikut maklum balas 1 September yang lepas, ramai jugak yang meloncat kepanasan.

Difahamkan juga, ada telco yang menggantikan pemotongan itu dengan 5 hingga 15 minit masa bercakap, bergantung kepada jumlah topup. 

Perkara ini dikesan walaupun selepas pentadbiran baru mengumumkan SST 6% tidak akan dikenakan kepada rakyat Malaysia yang membuat isian semula kad prabayar mulai 6 September yang lepas.  Ramai belum buat bising sangat sebab mereka belum nak topup lagi – termasuk saya sendiri.

Sebenarnya apa yang berlaku?

Padahal yang rakyat tahu, Menteri berkaitan sudah memberi amaran kepada semua telco agar tidak lagi mengenakan caj SST kepada topup tapi kenapa masih ada yang mengenakan caj tersebut – jika dakwaan itu benarlah.

Amaran tu, apa telco tidak takut amaran Menteri kah?  Ini Menterilah, hormatlah sikit. Atau mungkin masih ada telco yang memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan arahan terbaru atau macam mana, saya tidak pasti.

Pun begitu, sebelum perkara ini melarat bila lebih ramai mula buat isian semula nanti, saya rasa semua pihak harus mengambil perhatian atas perkara in. Jika kita semua masih ingat, masalah hampir serupa juga pernah berlaku pada tahun 2015 ketika GST mula diperkenalkan.

Bijaknya penyelesaian kerajaan BN pada waktu itu ialah, GST bagi topup tetap dikenakan tapi jumlah itu akan dikembalikan jika nombor tersebut berdaftar atas nama rakyat Malaysia. Bijak pentadbiran sekarang macam mana pulak?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker