Titik hitam dalam sistem perundangan negara

Tindakan Jabatan Peguam Negara menarik balik kes rasuah membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disifatkan sebagai satu titik hitam dalam sistem perundangan di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana walaupun berdasarkan perlembagaan Peguam Negara mempunyai kuasa untuk meneruskan atau menarik balik kes tetapi ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah.

Sehubungan itu katanya, Peguam Negara, Tommy Thomas perlu menjelaskan kepada rakyat sebab-sebab kenapa kes itu ditarik balik.

“Tindakan Peguam Negara amat membimbangkan kerana beberapa kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan juga digugurkan sebelum ini.

“Maka Peguam Negara mesti memberi penjelasan kepada persoalan daripada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.