Tangguh HSR: Negara ketinggalan pembangunan 15 bulan

Penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) hingga tahun 2020 akan menyebabkan negara ketinggalan potensi pembangunan yang tidak ternilai untuk 15 bulan.

Naib Pengerusi Wanita MCA, Senator Datuk Ong Chong Swen berkata, selain itu, Malaysia akan menanggung bayaran pampasan sebanyak RM45 juta.

“Adakah bayaran pampasan tersebut berbaloi, atau adakah ia lebih berbaloi untuk meneruskan projek HSR dan menerima manfaat daripadanya?

“Projek HSR tidak patut ditangguhkan pada mula-mula lagi. Selain membangunkan bandar-bandar kecil di sepanjang laluannya, projek itu akan membantu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia – Singapura yang melihat pertumbuhan pesat pengguna jalan raya sehingga sudah melebihi kapasitinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.