Tahan Reman Semalaman ke Atas Najib Tidak Beretika!

oleh Ab Jalil Backer

Saya ada satu persoalan yang sangat membimbangkan. Mengapa SPRM menahan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak pada jam 4 petang tetapi hanya akan didakwa esok jam 3 petang.

Najib Razak telah pun berada dalam kedudukan ikat jamin jutaan ringgit. Pasport beliau telah ditahan, tidak ada sebab untuk menahan beliau satu malam dalam lokap SPRM.

Esok juga hanya pertuduhan bukannya perbicaraan, dan bukan pertuduhan pertama. Jadi tiada sebab untuk menahan beliau di lokap buat kali kedua takut beliau tidak hadir ke Mahkamah.

Malahan Lim Guan Eng dan Dr Mohamad Khir Toyo pun tidak ditahan reman semalaman sebelum didakwa. Ini kerana kes seperti ini bukan jenayah membabitkan keganasan.

Saya fikir ini bukan kerja undang-undang, ini usaha untuk menghina Najib Razak dan menggertak wakil rakyat UMNO lain supaya tunduk kepada rejim ini.

Selamat datang Rejim lama.

2 thoughts on “Tahan Reman Semalaman ke Atas Najib Tidak Beretika!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.