SST – Logik Macam Mana Cukai Tinggi Tapi Harga Barang Turun?

Sejak pentadbiran baru mengambil alih ini, memang banyak teori pelik-pelik dikemukakan penyokong-penyokong mereka, terutama di media sosial.  Baik dalam soal ekonomi, undang-undang, pentadbiran kerajaan dan sebagainya.  Kadang-kadang saya sendiri keliru, orang-orang ni educated ke tidak?

Contoh, tuduh orang pencuri – takde pulak keputusan Mahkamah untuk menyokong kenyataan tersebut?  Negara banyak hutang (konon) dan kerana itu banyak faedah untuk rakyat dipotong (BR1M contohnya), tapi boleh pulak bagi subsidi minyak untuk semua orang (termasuk warga asing) dengan jumlah berbillion-billion?

Buat majlis kat Parlimen pun hidang daging lembu mega mahal

Sekarang ada pulak teori baru – SST, walaupun kadarnya boleh mencecah setinggi 10% tapi harga barang yang dicukai olehnya, turun harga!!  Ha ha ha…ni uneducated mana pulak yang bercakap?  Kalau ya, kenapa banyak pengeluar umum naik harga?

(Uneducated la, cakap bodoh kang kecil hati).

Ya, sementara kita faham harga asas, bukan cukai yang menentukan turun ke naik harga (selain faktor penawaran dan permintaan) tapi kalau dah cukai tinggi, macam mana pulak harga barang boleh jadi lebih murah?

Kereta contohnya.  Khabarnya, semua kereta naik harga sekarang sebab dulu cukai 6% saja, sekarang sudah 10%.  Turun macam mana yang dimaksudkan?  Lainlah kalau harga asas kereta turun, itu mungkinlah tapi tak pulak dengar cerita kan?

Baru satu contoh, banyak lagi, tak cukup ruang nak tulis semua.  Nak mudah, tengok saja apa barang yang 3 bulan terakhir ni hebat dipromosi sebab 0% GST.  Sekarang tengok balik harganya, bertambah mahal ke bertambah murah?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker