Sekali lagi Kit Siang ‘disekolahkan’ Najib

Kit Siang tersalah kes – Najib

Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa sudah tersalah kes selepas menegur bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya mengeluarkan bahan bukti berkenaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kes itu masih di mahkamah.

Najib dalam status di Facebooknya memberi penjelasan bahawa, beliau kini didakwa di mahkamah berkaitan kes SRC International dan bukannya 1MDB.

Justeru, beliau berhak mempertahankan diri dan memberi penjelasan tentang tuduhan-tuduhan mengenai isu syarikat pelaburan strategik berkenaan.

“Nampaknya, Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara.

“Jelas kelihatan Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu,” katanya, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker