Reezal bidas Menteri Luar

Luahan peribadi:
Reezal bidas Saifuddin

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah tidak seharusnya menyuarakan pandangan peribadi berhubung dua negara yang tidak disukainya dalam laman Twitter.

Bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, adalah tidak wajar dan tidak profesional bagi Saifuddin selaku pegawai tertinggi kementerian tersebut mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Baliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas memberitahu, agak mengejutkan apabila seorang Menteri Luar membuat kenyataan sedemikian, tidak kira sama ada dalam mesyuarat tertutup atau media sosial.

“Saifuddin mungkin berpandangan itu adalah ruang peribadi tetapi perkara itu hampir tidak wujud jika anda merupakan seorang menteri.

“Beliau perlu sentiasa mendapatkan bimbingan tepat daripada pegawai kanan kementerian sebelum memuat naik status melulu itu, yakinlah para pegawai terlatih dan profesional dalam bidang mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Saifuddin menerusi laman Twitter miliknya memuat naik status berbunyi: “Ada dua negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tetapi terpaksa dilawati juga, satu kerana urusan agama dan satu lagi kerana urusan negara.’’

Tindakan itu menerima pelbagai reaksi termasuk kritikan netizen yang menganggap perbuatan Saifuddin boleh mengakibatkan hubungan antara negara terjejas.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut menyelar Saifuddin dengan meminta beliau berkelakuan seperti diplomat negara.

Walau bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia hari ini mendapati status tersebut telah dipadamkan daripada laman Twitter Saifuddin.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker