Rakyat Menanti Bila Derma RM 2.6 Billion Nak Dibuktikan Sebagai Duit “Curi”?

Pendedahan Peguam Kanan Tan Sri Shafie Abdullah kelmarin mengenai cerita “sebenar” disebalik episod perlantikan beliau sebagai Pendakwa Raya dalam rayuan sebuah kes liwat pada tahun 2015, hasil pengaruh siapa dan sebagainya, memang menarik.

Sikit sebanyak dari kenyataan itu sekarang, saya secara peribadi boleh faham kenapa semua ini berlaku – bukan kerana rakyat sama sekali, dipandang dari sudut mana punlah.

Apa pun saya tinggalkan perkara itu dulu kerana kalau dakwaan itu tidak benar, pihak yang dikaitkan boleh menyaman Shafie di Mahkamah.  Saman, bukti dakwaan Shafie salah, tak saman bukti dakwaan Shafie betul, tidak ada masalah.

Hari ini saya nak mengulas tentang dokumen yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bagi membuktikan dakwaan beliau selama hari ini bahawa sememangnya derma RM 2.6 billion yang dituduh Pakatan sebagai duit curi dulu tu, adalah derma dari kerajaan Arab Saudi.

Kita faham kenapa Najib tidak mendedahkan semua dokumen itu sebelum ini kerana beliau berpegang kepada janji atas kapasiti sebagai Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.  Sekarang bila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, beliau tidak terikat kepada semua janji-janji tersebut.

Ada juga yang percaya, Najib mendedahkan semua dokumen itu sekarang setelah mendapat persetujuan pihak berkepentingan di Arab Saudi.  Mana-mana pun yang pentingnya pendedahan itu tidak tercabar setakat artikel ini ditulis.

Najib nampaknya rela kalah dan difitnah dari mengkhianati amanah yang beliau terima – diakhirnya, macam itulah ceritanya.

Apa pun, Najib telah menunjukkan bukti dari pihaknya menunjukkan itu bukan duit songlap dan rakyat tertunggu-tunggu bila pulak pihak yang menuduh untuk buktikan RM 2.6 billion ini adalah duit yang dicuri?  Sepatutnya tidak ada masalah untuk membuktikan itu semua kerana semua syarikat dan agensi yang berkaitan telah berada dibawah kawalan penuduh.

Silalah buktikan, rakyat masih menunggu.

Desakan ini bukan apa, untuk kebaikan penuduh juga.  Kita tak mahulah nanti penuduh dikenang dalam sejarah sebagai menang dengan cara menipu kan kalau dakwaan derma ini adalah duit curi ,tidak berjaya dibuktikan.  Dahlah janji manifesto (kecuali satu – itupun makin menyusahkan rakyat) kesemuanya gagal dilaksanakan, kantoi menipu pulak lagi, apalah rupanya nanti tu?

One thought on “Rakyat Menanti Bila Derma RM 2.6 Billion Nak Dibuktikan Sebagai Duit “Curi”?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.