PRK Balakong: Dah Bolehlah Berhenti Menyalahkan UMNO Kot?

Walaupun Pakatan menang dalam PKR Sri Setia dan Balakong semalam, perubahan di kalangan rakyat sudah mula kelihatan dari keputusan tersebut. Terutama sekali di Sri Setia dimana calon PAS nyaris nak menang.

Ini adalah satu petanda yang baik.

Kemenangan calon PKR dan DAP memang sudah dijangka sebab dua kerusi itu sudah jadi kerusi tradisi mereka sejak 2008 lagi, tidak ada apa yang menghairankan tentang itu.  Tapi bila jentera PAS dan MCA berjaya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar?  Itu luar biasa.

Tahniah kepada MCA dan PAS.

Saya dan ramai yang lain berpendapat, peratusan keluar mengundi yang sangat rendah bagi kedua-dua kerusi berkenaan – kurang 50%, adalah bukti penolakan rakyat terhadap banyak dasar-dasar pentadbiran baru hari ini seperti memperkenalkan semula SST dan menghapuskan BR1M secara beransur-ansur.

Bagi MCA pula, rasanya tanggapan yang mengatakan keputusan terburuk yang mereka perolehi dalam PRU14 yang lepas, berpunca dari UMNO, sudah boleh diperbetulkan – berdasarkan keputusan semalam dimana calon mereka bertanding guna lambang sendiri buat pertama kali dan masih kalah.

Dengan UMNO tidak campur tangan sepanjang kempen MCA di Balakong, menunjukkan pengundi, terutama dari kaum cina, masih tidak memilih MCA dan tetap bersama DAP.

MCA sepatutnya perlu kembali bersama-sama UMNO dan MIC di dalam BN dalam merangka jalan terbaik untuk merampas kembali kuasa yang telah terlepas.  UMNO rasanya dah nampak jalan dan tahu apa yang nak dibuat, MCA tidak boleh ketinggalan.

sumber gambar: Internet

One thought on “PRK Balakong: Dah Bolehlah Berhenti Menyalahkan UMNO Kot?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.