Presiden UIA: Maszlee Terus Langgar Ikrar dan Janji

Pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan satu lagi tindakan melanggar ikrar dan janji.

Ia bukan satu kesalahan untuk melantik Menteri Pendidikan atau sesiapa sahaja sebagai Presiden UIA. Dalam sejarah penubuhan UIA, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak pernah menjadi Presiden ketika mereka menjadi Menteri Pendidkan.

Cuma Pakatan Harapan naik dengan pelbagai janji termasuk pembaharuan dalam bidang akademik. Jika tidak silap saya, Maszlee dengan lantang dahulu berjanji untuk menghapuskan amalan orang politik dan bekas pegawai kanan kerajaan menjadi sebahagian daripada organisasi universiti.

Soalnya di mana janji dan ikrar membebaskan universiti dari orang politik? Walaupun Maszlee bekas pendidik, beliau hari ini adalah orang politik yang seharusnya termasuk dalam label yang beliau mahu singkirkan dari persekitaran universiti.

Mudah kita membuat pelbagai janji ketika menjadi pembangkang termasuklah mahu menghapuskan tol sebaik menang. Hakikatnya bukan mudah menunaikan janji.

Tidak salah untuk Maszlee terus memegang jawatan sebagai Presiden UIA, namun akuilah bahawa dasar Barisan Nasional melantik mereka yang berpengaruh sebagai Presiden UIA sebelum ini adalah betul dan baik kepada universiti tersebut.

Mahdzir Khalid
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1477939672307602&id=377863958981851

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker