NGO Felda dakwa FGV kini bergolak

Majlis Permuafakatan NGO Felda mendakwa bahawa Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) kini sedang berhadapan dengan kemelut dalaman membabitkan Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad.


Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman berkata, pertelingkahan melibatkan kedua-dua tokoh tertinggi dalam FGV itu akan mendatangkan kesan lebih buruk kepada syarikat berikutan prestasi semasa yang tidak menentu dan harga saham yang rendah iaitu RM1.51 seunit.


Sehubungan itu, tegas beliau, kerajaan didesak untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah terbabit di mana pengurusan tertinggi Felda perlu mengambil iktibar daripada krisis yang berlaku pada tahun 2017 antara Zakaria dengan bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad.


“Kami memohon kedua-dua mereka menyelesaikan isu berkaitan secara baik. Kemelut yang berlaku pastinya akan memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Grand Season di sini, hari ini.


Yang turut hadir Penasihat Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F), Datuk Zulkefli Nordin; Presiden Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Fakhrurrazi Mohd. Habib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Muhamad Said Jonit. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker