Mujahid seperti meremehkan undang-undang syariah

Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang membuat pusingan U dan menegur mengenai keputusan sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan lesbian dianggap seperti meremehkan undang-undang syariah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mujahid sewajarnya memainkan peranan selaku benteng mempertahankan Islam dan, bukannya turut meremehkan undang-undang berkenaan.

“Awalnya saya sedikit lega bila melihat ketegasan Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Mujahid Yusof meminta semua menghormati keputusan hukuman sebatan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap dua pesalah wanita kerana kesalahan melibatkan lesbian.

“Namun, nampaknya kelegaan saya ini tidak berpanjangan kerana nampak beliau sudah buat pusingan U dengan menegur pula keputusan hukuman sebat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Mujahid seperti meremehkan undang-undang syariah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.