Marah GST 6%, Dapat SST Setinggi 10%, Educated Ke Tu?

Merdeka, Merdeka, Merdeka. Saya ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-61 kepada semua rakyat Malaysia kita hari ini (semalam).

Bagaimanapun, dalam kemeriahan ini dan semangat patriotik yang tidak berbelah bahagi kepada negara tercinta ini, janganlah kita lupa bahawa esok (hari ini), 1 September 2018, SST akan dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.

SST, dengan kadar cukai antara 6% hingga 10% ini – sama kadarnya macam sebelum GST dilaksanakan (takde apa yang baru pun malah lebih tinggi pulak lagi bagi sesetengah barangan), akan menyerap dalam semua harga barangan yang dikenakan cukai tersebut.  Difahamkan, majoriti besar barang dan perkhidmatan yang kena SST ini (6% – 10%) ialah barangan yang dulu dikenakan GST jugak.

Ini masalah bila uneducated buat keputusan, 6% dikatakan zalim dan membenankan rakyat, dengan bagaimana 10% boleh menyenangkan pulak?



Tak pastilah bagaimana rupanya nanti tapi dari banyak pengumuman yang diberikan oleh pengeluar-pengeluar produk tertentu, akan berlaku kenaikan harga. Belum jumpa lagi sesiapa umum harga turun walaupun katanya harga rumah MUNGKIN murah 10% sebab bahan binaan dikecualikan SST.

Alhamdulillah kalau turun sekalipun tak nampak sesiapa boleh jamin dengan pasti akan penurunan tersebut.

Yang pastinya tak nampak pulak sesiapa berbondong-bondong beli rumah sekarang, mengetahui SST akan dikecualikan kepada bahan binaan rumah, membuktikan, tidaklah sesiapa teruja pun dengan makluman (harga rumah mungkin turun 10%) tersebut.

Ikut logic mudah sajalah ni.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker