Kerjasama Pas dan Umno : Kenapa PH resah – Pas

Pas bekerjasama dengan UMNO

Pakatan Harapan (PH) kini dalam keadaan resah dan kelam kabut apabila Pas dan UMNO bekerjasama memandangkan jalinan tersebut akan merugikan PH.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan berkata, komponen PH menyerang dan memfitnah kononnya Pas telah lari dari dasar perjuangan asal apabila bekerjasama dengan UMNO.

“Persoalannya, Pas yang bekerjasama dengan UMNO, kenapa mereka pula yang resah dan kelam kabut. Bukankah mereka mahu mengalahkan Pas dan menawan Kelantan serta Terengganu, jika kerjasama Pas dan UMNO ini merugikan Pas sepatutnya mereka menyokong usaha kerjasama ini.

“Mereka dilanda resah, justeru kerjasama ini merugikan mereka bukan merugikan Pas, PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti komponen mereka tidak stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meramalkan gabungan baharu pakatan pembangkang yang turut disertai UMNO akan mengubah senario politik negara.- UTUSAN ONLINE

One thought on “Kerjasama Pas dan Umno : Kenapa PH resah – Pas

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.