‘Keputusan Langkah PD tak ikut saluran betul – Zuraidah

Penyandang ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa langkah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson seperti yang diumumkan hari ini tidak diputuskan melalui saluran yang betul.

“Tindakan yang dibuat sesetengah pemimpin PKR dilihat dangkal kerana tidak mengikut saluran betul dalam memutuskan untuk mengosongkan kerusi parlimen Port Dickson.

“Setiap keputusan perlu dilaksanakan secara musyawarah untuk mendapat sokongan seluruh anggota parti dan konsensus yang dicapai perlu selari dengan semangat reformasi dan demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kelakuan seperti itu mungkin menimbulkan tanggapan PKR kini dimanipulasi sesetengah kelompok.



Semalam, Naib Presiden PKR Tian Chua turut membidas Rafizi kerana menurutnya bekas anggota parlimen Pandan itu merancang PRK secara rahsia.

Ia susulan daripada kenyataan Rafizi bahawa “keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua orang dan hanya diselesaikan dengan beberapa orang di kalangan kita”.

Sidang media pengosongan kerusi parlimen Port Dickson sebagai laluan kepada Anwar hari ini disertai calon timbalan presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan naib presiden Dr Xavier Jayakumar.

Sumber mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker