KEHANCURAN TVET : MENGULANGI SEJARAH “BODOH SOMBONG”.

Kekecohan TVET di Malaysia pada hari ini sudah sampai ke tahap melampau! Terbaru sebuah pusat latihan penyelenggaraan pesawat di Sepang yang menempatkan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang pelajarnya terpaksa bungkus baju untuk balik kampung kerana kolej berkenaan sudah tidak mampu beroperasi akibat kegagalan KPM khususnya Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional (BPTV) membayar tuntutan bayaran kolej berkenaan.

Lebih memeranjatkan, dalam kenyataan balas pihak pengurusan kolej tersebut yang marah dengan sikap BPTV seolah-olah meletakkan masalah kepada mereka, pihaknya mengatakan bahawa mereka adalah pihak kedua yang mengambil alih tugas latihan tersebut daripada pihak sebelum ini yang gagal meneruskan latihan akibat karenah birokrasi.

Selain faktor bayaran, mereka juga memarahi BPTV yang gagal membantu menyelesaikan isu kelulusan dan perakuan MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Bagi kami yang sudah berpuluh tahun berpengalaman menjadi pengusaha Pusat Bertauliah (PB) JPK, kami sudah lali dengan masalah ini kerana sikap “BODOH SOMBONG” mereka yang bergelar Menteri, Timbalan Menteri dan sebahagian kakitangan kerajaan yang mahu “menjaga perut besar” masing-masing.

Begitu juga kesilapan besar melantik tokoh-tokoh politik yang tidak berpengalaman langsung dalam menguruskan dan mentadbir TVET, diberi kepercayaan mempengerusikan Jawatankuasa TVET. Sudah 4 bulan dilantik, langsung tak nampak hasil, waima hala tuju pun tak jelas, melainkan nampak “tergedik-gedik” ke hulu ke hilir untuk menipu rakyat seolah-olah mereka sedang membuat kerja.

Meletupnya isu KV ini di Sepang adalah “bala sumpah janji PH” yang kononnya tidak akan melantik orang politik untuk memegang jawatan golongan profesional.

Kami berhak membuat kenyataan ini kerana ketika menjadi pembangkang dulu, kebanyakan tokoh-tokoh mereka telah meminta kerjasama PB swasta bagi mengorek isu untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional di parlimen. Maknanya, mereka sudah mengetahui isu dan masalah ini sejak lama.

Bila mereka memerintah hari ini, mereka langsung tidak tahu untuk menguruskannya. Maka mereka memberi pelbagai alasan. Paling lucu ada Menteri terus meminta maaf kepada kerajaan sebelum ini secara langsung di TV1, RTM untuk memberi alasan kenapa tak boleh buat kerja sekarang.

Sikap “bodoh sombong” ini juga semakin tebal di kalangan sesetengah pegawai kerajaan. Isu kegagalan membayar atau menyalurkan dana seperti PTPK semakin kritikal. Bukan tiada peruntukan tetapi masing-masing sudah bercelaru. Semua mahu berkuasa termasuk menteri. Pelbagai peraturan gila dicipta sendiri yang akhirnya mereka sendiri keliru!

Bab pengiktiraf MQA dan JPK adalah juga bukti ego yang akhirnya merugikan negara. Atas nama kualiti dan penambahbaikan, kita memang setuju dengan usaha ini tetapi jika sesuatu sistem itu sudah sampai tahap tersangkut atau jem, gagal dilaksanakan, apakah itu sistem yang baik?

Selain melaporkan cerita indah kepada bos, ramai yang bersikap angkuh jika ditegur atau dikritik. Tidak hairanlah seorang KSU memarahi saya ketika bertanyakan soalan berkaitan pendidikan dan TVET kepada Tun M ketika dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2018. Dendam hanya kerana tidak mahu melihat pengusaha PB Melayu kaya walaupun hakikatnya tauke PB semua kaum sudah hampir papa kedana sekarang.

Akhirnya, TVET kini umpama kapal rosak yang belayar di tengah gelora lautan tanpa dikemudi oleh nakhoda/kapten. Menunggu masa tenggelam bersama penumpang. Siapakah penumpang tersebut? Mereka adalah generasi muda anak bangsa yang menjadi mangsa “Bodoh Sombong” mengulangi keruntuhan program MLVK (Kini JPK) sekitar tahun 2003 yang dikenali sebagai ‘The Nightmare Of MLVK 2003’.

Bila buta sejarah, maka kita buta hati. Hati yang buta akan menggagalkan apa juga kerja kita. TVET Malaysia sedang runtuh ketika dibuai mimpi siang hari tentang Revolusi 4.0. Pada hari yang sama Menteri Pendidikan paling kelakar di dunia, Mazlee Malik berbangga mengumumkan ada pihak di negara China berminat untuk menaja pelajar TVET Malaysia di China kerana beliau sedang melawat TVET di negara tersebut.

Apa yang pasti situasi ngeri dan dasar TVET kini bolehlah dirumuskan dalam satu perkataan yang dipopularkan oleh seorang pegawai tinggi di Kementerian Sumber Manusia sendiri dalam media sosial yang ditularkan beberapa bulan lalu iaitu ‘PUNDEKTOLOGY”.

Mungkin Menteri Kulasegaran amat faham maksud perkataan ini.

DENGAN PENGALAMAN, PENGORBANAN DAN PERJUANGAN SERTA MENERIMA PELBAGAI ANUGERAH SUCCESS STORY DALAM TVET, SAYA BERTANGGUNG JAWAB DENGAN KENYATAAN INI. NOTHING TO HIDE. NOTHING TO LOSE!

NORDIN B. ABDUL MALEK

Pengerusi Gabungan ILKS Bumiputera.

23 September 2018.

Pengundi Kulasegaran di Pusat Pemilihan Undi di SM. Megat Khas, Jalan Labroy, Ipoh.

#SelamatkanTvetMalaysia

Propaganda Murahan Menggilap Menteri Kasut Hitam (Bhgn 1)

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker