Isu tanah Felda: Tiada pendakwaan diteruskan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada pendakwaan diteruskan berhubung isu kontroversi pemilikan tanah Felda yang akan dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

“Ya betul itu.. tiada kes,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Semalam, syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd telah tampil menjelaskan isu pemindahan pemilikan tanah berkenaan.

Jurucakap Synergy Promenade berkata, Kuala Lumpur Vertical City yang bakal dibina di atas tanah milik Felda di Jalan Semarak itu pada asalnya bagi merealisasikan hasrat Felda yang mahu membina tiga menara, setiap satunya mempunyai ketinggian 68, 75 dan 70 tingkat yang beranggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sehingga RM2.5 bilion.

[ARTIKEL BERKAITAN: Synergy Promenade perjelas isu pemindahan tanah Felda]

Bagi keperluan pembiayaan untuk menyempurnakan projek pembangunan itu, syarikat memindahkan sebahagian hak milik tanah bagi membolehkan syarikat mendapat kewangan yang mana caj ke atas tanah tersebut akan dijamin pihak pertama sebagai jaminan.

Menurut jurucakap itu, berhubung pemindahan hak milik tanah berkenaan, timbul beberapa tuduhan seperti salah guna kuasa, rasuah, dan salah laku.

“Untuk pengetahuan, proses pemindahan hak milik berkenaan dilakukan selaras dengan perjanjian yang dicapai antara pihak kami, Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

“Kami juga telah mematuhi syarat dan prosedur yang sepatutnya iaitu menerusi Pejabat Tanah dan Galian,” katanya.

One thought on “Isu tanah Felda: Tiada pendakwaan diteruskan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.