Istiqamah, yakin dengan kemuliaan perjuangan UMNO -Najib

Semua ahli UMNO mesti istiqamah dan yakin bahawa perjuangan parti itu mulia seperti yang diperlihatkannya selama 61 tahun lalu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun parti itu tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di peringkat nasional namun tidak kalah dari segi semangat dan daya juangnya.

“Kita mesti tetap istiqamah dan yakin bahawa perjuangan kita sesuatu yang mulia dan membawa bangsa, agama serta negara ke tahap jauh lebih tinggi.

“Kita sudah lihat bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diharap untuk membawa bangsa, agama dan negara seperti kemampuan dibawa UMNO selama 61 tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Sekampung di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Panjang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker