Gaji Minimum: Takde Siapa Nak Pura-Pura Terperanjat Ke?

Antara keterujaan ramai orang untuk mengundi Pakatan dalam PRU14 yang lepas ialah janji gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,500.  Keterujaannya tu samalah tarafnya dengan tol percuma, minyak RM 1.50/liter, barang murah dan pelbagai janji manis yang disebarkan secara meluas malam sebelum pengundian.

Berbuih mulut pemimpin BN waktu itu mengatakan perkara ini tidak masuk akal, tapi seperti bercakap dengan batu – tidak ada apa kesan.

Untuk mengukuhkan kenapa janji gaji minimum RM 1,500 ini perlu, seorang pemimpin PKR pada 1 Mei 2018 berkata (seperti dipetik sebuah portal berita), “gaji minimum pekerja sebanyak RM1,000 sekarang masih pada tahap tidak realistik dengan hampir sebahagian besar daripada pekerja bergaji bawah RM1,700.  Dengan gaji yang rendah, sudah tentu rakyat tidak dapat menghadapi cabaran cukai dan kenaikan harga barang”.

Pergh!! Dia punya gebang masa itu kan, khinzir pun boleh pakai seluar dalam.  Sekarang, habuk pun tarak.  Kurang-kurang kepada orang yang berkenaan, buat-buat lah terperanjat sikit ke apa, ini apa respon pun takde.

Setakat nak bagi alasan impak kepada pasaran pekerjaan kalau gaji minimum RM 1,500 ini dilaksanakan dan sebagainya, hanya membuang masa saja sebab  itulah juga yang BN kata dalam manifesto mereka bila menetapkan janji gaji RM 1,500 akan tercapai dalam tempoh 5 tahun.

Tapi itulah, apa pun hujah politiknya, realiti dibawah yang terkena ialah mereka yang mengundi kerana berharap gaji minimum mereka akan dinaikkan sebanyak RM 500 lagi dari RM 1,000 sekarang ini.  Banyaklah yang berubah agaknya dalam hidup mereka kalau itu berlaku, tapi nampaknya sekarang, dapatlah RM 50 kenaikan tu sajalah.

Itupun tahun depan mulanya.  Tak tahulah, nak nangis ke nak tepuk.  Kesian memikirkan nasib golongan ini, punyalah berharap hidup mereka akan berubah, tapi nampaknya gayanya macam itu jugaklah.  SST dahlah boleh cecah 10%, entah macam manalah kos sara hidup nak turun bila gaji minimum pun tak jadi naik ke RM 1,500.

Fikirkan geram, rasa nak cakap padan muka kat sorang-sorang yang percaya sangat dulu tu, tak sampai hati pulak.

Saya rasa seseorang dalam Pakatan perlu menanggung akibat dari kegagalan ini.  Nak kata kambing hitam ke apa ke, tak pedulilah, tapi mesti ada seorang yang kena pikul tanggungjawab sebagai bukti keseriusan terhadap rakyat.

Malaysia Baru sepatutnya lebih baik dari dulu, bukan lebih teruk.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker