“Buruk2” Najib, Beliau Tak Tipu Rakyat Untuk Menang Pilihanraya

Sebagai manusia biasa, saya terima hakikat bahawa Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membuat salah, ini lumrah.  Beliau bukan maksum macam Nabi – ini merujuk kepada berpuluh pendakwaan yang dihadapi beliau sekarang.

Saya pun tak terperanjat dengan perkembangan ini.  Seingat saya sejak 1999, memang dah jadi tradisi pembangkang (pada waktu itu) di negara kita setiap kali pilihanraya umum, berjanji untuk mendakwa pemimpin/bekas pemimpin BN yang pernah berkuasa dulu atas pelbagai “kesalahan” – kalau mereka dapat jadi kerajaan.

Itulah halnya dengan setiap seorang Perdana Menteri dari BN sejak dari waktu itupun, cuma baru sekarang dapat jadi kenyataan dan malangnya yang terkena buat pertama kali ialah Najib.

Begitupun, sama ada apa yang banyak dituduh kepada beliau akan terbukti bersalah di Mahkamah atau tidak, itu adalah cerita lain.  Dalam sebuah negara yang menghormati keluhuran undang-undang, (secara prinsipnya) seseorang itu tidak didapati bersalah sehingga diputuskan oleh Mahkamah.

Sementara itu berlaku, tak adil menuduh Najib sebagai perompak atau pencuri apatah lagi bila saya difahamkan, tak satu pun pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib setakat ini adalah pertuduhan dibawah kanun keseksaaan untuk kesalahan mencuri dan merompak.  Kalau saya silap, maafkan.

Apa pun, banyak pihak bersetuju, buruk-buruk yang diperkatakan tentang Najib sekarang, beliau tidak menipu rakyat untuk menang pilihanraya dengan berjanji yang macam-macam lepas tu bagi macam-macam alasan juga untuk tidak tunaikan – seperti dibuktikan melalui kejayaan melaksanakan 99.4% janji dalam Manifesto BN untuk PRU13 yang lepas.

Itu yang utama.

Yang dok claim dia terbaik semua perkara tu, cuba suluh diri sendiri dulu, apa dah banyak ke perkara yang dijanjikan kepada rakyat dulu yang dah terlaksana?

Dalam konteks pemimpin dengan rakyat, inilah (janji) yang terpenting, ada yang lain ke?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker