Bulan Lepas TERTIPU, Bulan Ni TERKEJUT, Bulan Depan Apa Pulak Agaknya?

Semua orang tahu dan tak perlulah diulang-ulang kerap sangat bagaimana 100 hari pemerintahan baru berakhir, tanpa 1 pun dari 10 janji utama manifesto mereka yang berjaya dilaksanakan – itu bulan lepas.  Waktu itu dan masa ini pun, masih ramai rasa tertipu kerananya.

Bulan ini dah terkejut pulak.

Apa pun saya taknak mengulas tentang kes tersebut kerana bagi rakyat kebanyakan dibawah ni – berdasarkan banyak respon di media sosial, semuanya seakan sudah dapat diagak.  Berbulan dulu pun dah ada yang jangka.  Cakaplah apa nak cakap pun, persepsinya memang dah begitu.

Dari segi persepsinya yang kita ceritakan ni.

Lagipun, majoriti yang rasa “terkejut” tu kalau kita baca betul-betul respon mereka di akaun media sosial masing-masing atau kenyataan di media arus perdana yang biasa, bukan terkejut sangat pun, sebaliknya ada yang nampak sangat pura-pura saja terkejut, malah lebih ramai lagi rasanya setakat “saja-saja terkejut”.

Tapi bagi yang betul-betul terkejut, saya secara peribadi boleh faham kenapa mereka terkejut.  Rata-rata datang dari hakikat bahawa selama BN (dan Perikatan) memerintah sejak merdeka hingga PRU14 yang lepas, perkara seumpama ini rasa-rasanya tidak pernah berlaku.

Jika ada, mungkin sudah terlalu lama atau saya terlepas pandang, tapi setakat yang saya periksa, kurang-kurang 20 tahun kebelakang ini, belum jumpa lagilah.

Padahal ramai jugak dikalangan pemimpin BN dulu yang didakwa atas pelbagai kesalahan – ketika BN masih berkuasa. Tapi semua mereka yang terlibat menghadapi kes mereka di Mahkamah sehingga ke sudah.  Kalau didapati tak bersalah oleh Mahkamah pun kerana fakta kes mendapati mereka memang tidak bersalah, kalau bersalah pun begitu juga dan seterusnya.

Itu zaman BN memerintahlah.

sumber gambar: Internet

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker