Boikot PRK PD, Menyokong Keputusan Presiden Parti

Saya, memang pada awalnya mahukan BN menyertai PRK PD yang sengaja dikosongkan penyandangnya bagi membuka peluang kepada individu tertentu untuk bertanding dan seterusnya meletakkan beliau dalam kedudukan terbaik menjadi pemimpin negara kita yang seterusnya.

Seperti yang saya jelaskan, kemahuan itu bukanlah kerana nak menang sangat tapi untuk memberi peluang bagi BN dan UMNO mendekati rakyat dan memberikan penerangan apa yang gagal dilakukan berbanding janji dalam manifesto PRU yang lepas.  Dengan media arus perdana menumpukan seluruh tenaga mereka pada setiap pilihanraya kecil , inilah peluangnya.

Diluar kempen pilihanraya, pembangkang “baru” macam UMNO ni susah sikit nak dapat cover mainstream media ni – cakap pasal kebebasan media lah sangat.

BN, melalui Pengerusinya Datuk Seri Zahid Hamidi sebentar tadi (semalam), bagaimanapun membuat keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil ini setelah mengambil kira keadaan bahawa ia sengaja dikosongkan. 

Menariknya, inilah pertama kalinya BN menggunakan perkataan boikot bila ambil keputusan tidak sertai pilihanraya kecil. BN pernah tidak menyertai PRK Bukit Gelugor pada tahun 2014 yang diadakan setelah kematian penyandang, tapi seingat saya, pada waktu itu, kita tidak guna perkataan boikot.

Walaupun keputusan ini agak mengejutkan dan sedikit tidak konsisten kerana di Permatang Pauh (2008) dan Kajang (2014) – 2 kerusi yang turut sengaja dikosongkan (ironinya melibatkan “rumpun” yang sama) dimana BN tetap mengambil bahagian, tapi kita juga kena faham bahawa keadaan sekarang sudah jauh berubah, tidak lagi sama.seperti dulu.

Justeru setelah mengambil kira semua itu, saya menyokong keputusan ini dan berharap semua ahli-ahli UMNO turut menyokong keputusan Presiden untuk tidak menyertakan BN dalam PRK tersebut.  Pihak sebelah sana nak cakap apa pun depa boleh, bukan mereka tahu masalah kita.

Lagipun dari segi strategiknya, keputusan ini ada maksudnya tersendiri.  Sekalipun Presiden tidak menyatakannya, kita semua fahamlah apa yang sedang berlaku dengan mengambil kira perkembangan politik dalam negara sekarang.

Dengan keputusan ini juga, nampak macam bagi jalan mudah kepada calon popular parti lawan yang bakal bertanding.

Maka itu, kita ucap selamat maju jaya kepada calon parti lawan yang berkenaan dan semoga kemenangan percuma itu nanti (kalau takde calon bebas) digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat dengan melaksanakan semua janji-janji menarik yang ditabur sepanjang kempen PRU14 yang lepas.

sumber gambar: Internet

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker