Beri sajalah Anwar menang percuma

UMNO dan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tidak meletakkan calon bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Hal ini kerana berdasarkan rekod parti itu dalam tiga PRK kebelakangan ini langsung tidak memihak kepada mereka.

Pandangan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin yang percaya parti perlu membiarkan sahaja Anwar menang percuma di Port Dickson dan memberi laluan kepada Presiden PKR itu ke Kabinet.

“Sama ada Anwar menang atau tidak, langsung tidak memberikan kesan kepada UMNO dan BN. Biarlah Anwar bertanding, parti tidak perlu menghabiskan masa, wang dan tenaga demi cita-cita Anwar itu.

“Biarkan Anwar menang percuma di Port Dickson setersnya menjadi laluan ke Kabinet dan saksikan episod drama antara beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

4 Comments

  1. Merujuk kepada majoriti kemenangan PH pada PRK yg baru berlalu…kenapa kita harus mengaku kalah sebelum berjuang…kita patut berjuang supaya dapat melihat sejauh mana rakyat menerima Anwar ketika ini…pasca kerajaan PH yg baru beberapa bulan memerintah dan ada kah Anwar boleh menang…

    1. buang masa jer bagi jer kemenangan percuma kepada DSAI.

      Kita tengok jer apa jadi lepaa ini.

      Biar PH berantakan dgn kemenangan DSAI ini

      Dah tentunya DSAI akan menuntut gelaran PM kita tengok atuk 93 nak serah atau tak.

      Babyak lagi wayang akan berlangsung.

      Sebenarnya PH dah pening sebab masing2 ada niat tersendiri bukanya mcm UMNO matlamat hanya satu Melayu dan Islam.

      PH

      TUN nak naikkan kroni
      DSAI nak balas dendam dan juga menaikkan keluarga
      DAP nak jadikan Malaysia Liberal

  2. Congakan aku menyatakan bahawa TUN akan mensabotaj PRK ini mereka akan memastikan DSAI kalah dan mematikan terus DSAI dari dunia POLITIK.

    Anak didik TUN iaitu AZMIN ali dah memulakan langkah dgn Zuraida sebagai suaranya.

    Diikuti dngan SITI kassim bagi pihak Tun dan tak lama lagi akan banyak lagi kenyataan menolak DSAI.

    Jadi dari kita sibut menghabiskan wang RAKYAT hanya untuk kepentingan masing2 biarlah sekali ini kita berikan perhatian kepada PEPERANGAN dalaman PH sahaja.

    Kita lihat sahaja dan nikmati peperangan di abad ini di Malaysia antara kem TUN dan Kem Anwar.

    Tapi apa pun yg banyak dapat keuntungan adalah DAP.

  3. Kita kena lawan juga jangan biarkan dia menang percuma.Kena fikirkan juga akibat dari sudut ugama jika mebiarkan individu yg tidak sepatutnya jadi PM jadi PM .Nanti kalau fahaman liberal dan pluralisma merebak macam mana?.Kalau kita dah tentang dia,dia menang juga itu dah kira lepas tanggung jawab kita,Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Kita orang Islam tak boleh fikir dari sudut politik dn kewangan semata,tanggung jawab ugama kena di laksanakan juga.Mana tahu Allah merestui niat kita,mungkin dapat kemenangan dunia di luar jangka ,di akhirat harap lebih berganda.Selamatkan Rakyat dari liberalisma dan pluralisma.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker