Awie, Rozana saling bermaafan


Awie bersama isteri, Sharifah Ladyana (kanan), bekas isteri, Rozana (tiga dari kiri) dan dua anaknya, Qasseh (lima dari kiri) serta Rezzki (tiga dari kanan).

Awie, Rozana saling bermaafan

Penyanyi rock legenda, Datuk Awie, 55, meluahkan rasa syukur pertemuan bersama dua cahaya matanya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, dapat menjernihkan semula hubungannya dengan bekas isteri, Rozana Misbun pada Jumaat lalu.

Lebih memberi makna, pertemuan umpama ‘jejak kasih’ itu turut disertai Rozana yang juga adik kepada aktres, Haliza Misbun.

“Pertemuan ini turut disertai Rozana. Ia berlangsung dalam suasana harmoni dan menggembirakan.

“Kami sudah saling bermaafan dan melupakan segala perbalahan yang pernah tercetus, suatu ketika dahulu.

“Biarlah semua episod lalu berlalu dan tak perlulah diungkit semula kisah lama,” katanya kepada BH Online.

Mengulas reaksi Rezzki dan Qasseh ketika kali pertama bertemu, Awie yang baru sahaja muncul dengan filem Sue-On mengakui, awalnya situasi dirasakan agak janggal.

“Qasseh menangis bila berjumpa saya, manakala Rezzki pula sedikit dingin, namun akhirnya menangis juga.

“Meskipun kali pertama bertemu, Qasseh mudah menyesuaikan diri dengan kakak dan adik-beradik lain. Dalam sekelip mata mereka menjadi rapat.

“Rezzki pula memang pendiam sejak kecil lagi, dia selalu leka dengan dunianya sendiri.

“Pada pertemuan ini, kami banyak bercerita kisah lama bertujuan mengembalikan semula ingatan ketika bersama ketika mereka masih kecil,” kongsi penyanyi Di Penjara Janji ini.

Kelmarin, Awie menerusi hantaran dalam Facebook memuat naik gambar pertemuan yang turut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin dan anak mereka, Putera Ahmad Andeeka, 3.

Turut bersama, tiga lagi anak Awie iaitu Putri Aleeya Antasha, 23, Putri Aleefa Antasha, 21, dan Putra Ahmad Merrah, 16.

Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah.

Mereka bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.

Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

Pada 7 Oktober 2016, Awie berkahwin dengan Sharifah Ladyana dan dikurniakan Andeeka pada 2020. BH

Awie, Rozana saling bermaafan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker