Sebelum meramal kejatuhan UMNO, Mahathir perlu jenguk masalah dalam parti sendiri.

Masalah dalaman PPBM

‘Warlord’ (ketuanan), nepotisme, sikap pan­dai-pandai sendiri dan ingkar arahan parti menjadi punca seluruh kepe­mimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan dan dua bahagian di Selangor dibubarkan serta-merta.

Pengumuman pembubaran oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat ketika pemimpin-pemimpin parti tersebut menolak sebarang kerjasama dan menganggap UMNO akan hancur.

Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di Menara Yayasan Se­langor di sini hari ini, Muhyiddin turut mengumumkan rombakan bagi dua jawatan penting di peringkat pusat iaitu Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan.

Timbalan Menteri Luar, yang juga Pengerusi Bersatu Pulau Pinang Datuk Marzuki Yahya dilantik menjadi Setiausaha Agung Bersatu yang baharu menggantikan Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh manakala Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr. Mohd Radzi Md. Jidin dilantik sebagai Ketua Penerangan Bersatu yang baharu menggantikan Datuk Kamaruddin Mohd Noor.

Muhyiddin berkata, dua bahagian di Selangor tersebut ialah Ampang dan Subang yang disifatkan beliau, ‘sengaja buat pandai’ dan tidak mengikut arahan parti.

Sambil menegaskan pembu­baran kepemimpinan di Nege­ri Sembilan dan dua bahagian berkenaan dilakukan atas nasihat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), beliau yang kali pertama mengadakan sidang akhbar selepas bercuti panjang bagi menjalani rawatan kanser perut turut mengumumkan pemecatan ahli Bersatu Bahagian Gemencheh Datuk Nasarudin Mahamud daripada parti itu.

Selain itu, kata Muhyiddin beberapa pemimpin Bersatu Bahagian Bukit Bintang dan Putrajaya dikenakan tindakan disip­lin termasuk digantung keanggotaan parti dan diberi amaran keras kerana masalah disiplin.

Mereka yang dikenakan tindakan adalah Timbalan Ketua Bahagian Bukit Bintang Shamsul Anuar Khairi; Ketua Pemuda Bahagian Bukit Bintang Mohd Norhisyam Abdul Karim; Setiausaha Bahagian Bukit Bintang Abdul Razak Zabir; Ketua Pene­rangan Bahagian Bukit Bintang Azrul Faiesal Abdullah, dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Putrajaya Azrul Faiesal Abdullah.

Mengenai Bersatu Negeri Sembilan, beliau menjelaskan, tindakan pembubaran dilakukan sebagai antara satu cara menyelesaikan masalah dalaman parti di negeri itu yang berpanjangan dan tidak dapat diselesaikan.

“Jadi yang ada sekarang akan terbubar maka kita akan lantik yang baharu dan kita putuskan Rais Yatim (Tan Sri Dr. Rais Yatim) dan Eddin (Eddin Syazlee Shith) yang akan membantu di Negeri Sembilan. Ini untuk perkemaskan parti di peringkat bahagian yang ada masalah,” katanya.

Utusan

Related Articles

2 Comments

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker