Mujahid tidak adil terhadap Zakir

Pas mengecam sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang dilihat sangat tidak adil malah didakwa berniat jahat terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr. Zakir Naik.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, tidak mustahil kenyataan Mujahid itu didorong oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan Zakir sebelum ini.

“Mujahid harus malu dan melihat kembali kenyataan yang pernah beliau kemukakan pada 2017 terhadap Zakir di mana beliau pernah menganggap program Zakir adalah program perbahasan ilmiah.

“Mujahid sendiri pernah mencabar penganut Hindu yang tidak setuju dengan tokoh itu perlu lawan berbahas dan tidak menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang emasukannya ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily di sini, hari ini.

Semalam, Mujahid mendakwa Zakir suka menerapkan kaedah menghina dan mencaci agama lain dalam ceramahnya yang dilihat tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjangkan kepelbagaian agama dan kaum.

Mujahid berkata demikian dalam ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran Dalam Hubungan Masyarakat Majmuk anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker