Pejabat Peguam Negara Yang Prejudis dan “Malice”

oleh Ab Jalil Backer

Dalam setiap ucapan utama hari penting negara Tun Mahathir tidak segan silu menuduh Najib Razak penyamun dan pencuri.

Hari ini pendakwaraya membantah permintaan jaminan dan mahukan Najib Razak dilarang membuat apa-apa kenyataan mengenai kes beliau.

Setelah berlaku penghujahan, Mahkamah membenarkan Najib Razak diikat jamin sebanyak RM3.5 juta pada jam 4.40 petang. Pejabat pembayaran jaminan ditutup jam 4.30 petang.

Bagaimanapun Mahkamah membenarkan permohonan Tan Sri Shafee Abdullah supaya jaminan dibayar sebelum 28 September 2018.

Hakikat bahawa Najib didakwa pada jam 3 petang sudah menunjukkan niat sebenar pendakwaraya yang mahukan Najib dihantar ke penjara pada hari ini.

Najib Razak telah pun didakwa dalam pertuduhan yang hampir sama dan mendapat kebenaran ikat jamin sebelum ini.

Jadi mengapa mahu menghalang ikat jamin kali ini?

Adakah mereka tidak yakin Najib akan didapati bersalah, lalu mahu memenjarakan juga beliau walau sehari?

Secara peribadi saya berpendapat tindakan pendakwaraya hari ini adalah sesuatu yang sangat prejudis dan berniat jahat (malice).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker