Tahan Reman Semalaman ke Atas Najib Tidak Beretika!

Share


oleh Ab Jalil Backer

Saya ada satu persoalan yang sangat membimbangkan. Mengapa SPRM menahan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak pada jam 4 petang tetapi hanya akan didakwa esok jam 3 petang.

Najib Razak telah pun berada dalam kedudukan ikat jamin jutaan ringgit. Pasport beliau telah ditahan, tidak ada sebab untuk menahan beliau satu malam dalam lokap SPRM.

Esok juga hanya pertuduhan bukannya perbicaraan, dan bukan pertuduhan pertama. Jadi tiada sebab untuk menahan beliau di lokap buat kali kedua takut beliau tidak hadir ke Mahkamah.

Malahan Lim Guan Eng dan Dr Mohamad Khir Toyo pun tidak ditahan reman semalaman sebelum didakwa. Ini kerana kes seperti ini bukan jenayah membabitkan keganasan.

Saya fikir ini bukan kerja undang-undang, ini usaha untuk menghina Najib Razak dan menggertak wakil rakyat UMNO lain supaya tunduk kepada rejim ini.

Selamat datang Rejim lama.



2 thoughts on “Tahan Reman Semalaman ke Atas Najib Tidak Beretika!

  • September 19, 2018 at 10:41 pm
    Permalink

    Najib sekarang rajin kemaskini fakta2 dalam facebooknya. Banyak fakta yang menteri PH tak boleh jawab terutama menteri kewangan. Satu cara nak bagi senyap tahan dalam lokap.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *