Hishammuddin jumpa Dr Mahathir untuk bincangkan hal negara.

Share


Hishammuddin sahkan jumpa Dr. Mahathir semalam

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan telah berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Hishammuddin yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO walau bagaimanapun berkata, pertemuan tersebut hanya untuk mendengar rancangan Perdana Menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

“Itu sahaja yang dibincangkan, tiada soal lain. Menjawab dakwaan kononnya akan keluar parti, bagi saya tiada sebab untuk keluar UMNO sekarang.

“Tetapi bagi saya kepemimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada semua ahli-ahli UMNO untuk elak lebih ramai keluar parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *