Anak risau Najib akan bermalam di penjara esok

Share


Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa bimbang terhadap prosiding mahkamah membabitkan bekas perdana menteri itu yang dijadualkan jam 3 petang esok.

Bercakap kepada Malaysiakini, Nooryana Najwa berkata keadaan tersebut boleh mengakibatkan bapanya bermalam lagi di lokap penjara.

“Mereka menetapkan pendengaran jam 3 petang. Apabila ikat jamin dikeluarkan, pendaftar mahkamah dan bank telah ditutup.

“Jadi kami tak akan dapat bayar wang jaminan.

“Oleh itu, dia mungkin perlu bermalam lagi dalam tahanan sehingga wang ikat jamin dibayar,” kata Nooryana Najwa kepada Malaysiakini.

Mkini



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *