Ribut – 92 buah rumah, 38 buah sekolah rosak di Perlis

Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (APBN) Perlis merekodkan sebanyak 92 buah rumah yang terjejas akibat kejadian ribut di seluruh negeri ini, semalam.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, sebanyak 38 buah sekolah iaitu 24 buah sekolah menengah dan bakinya sekolah rendah, turut mengalami kerosakan.

Menurut kenyataan Sekretariat APBN Perlis hari ini, kelajuan angin yang dicatatkan Jabatan Metereologi ialah 68.7 kilometer sejam.

Kata kenyataan itu, berikutan angin kencang berkenaan, sebanyak 157 kes pokok tumbang telah dicatatkan.

“Daripada jumlah itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menguruskan 107 kes pokok tumbang manakala bomba pula 50 kes.

“Selain itu, sebanyak 55 kes gangguan bekalan elektrik dan enam kes kemalangan juga dikesan berlaku di seluruh negeri,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, agensi yang terlibat menangani bencana tersebut ialah polis, APM, bomba, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Operasi pembersihan giat dijalankan oleh pelbagai agensi yang berkaitan dengan keutamaan diberikan kepada kes pokok tumbang yang menghalang laluan dan menimpa rumah.

“Pemantauan rumah-rumah yang mengalami kerosakan juga giat dijalankan oleh agensi berkaitan,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker