PRK PD: Kalau Takde Masalah, Kenapa Penyokong Dibawah Berbalah?

Umum tahu bahawa  pilihanraya kecil Port Dickson yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi, berikutan perletakan jawatan penyandangnya tempoh hari, secara dasarnya telah dipersetujui oleh semua komponen dalam parti lawan.  Banyak kenyataan dari pihak berkaitan untuk membuktikan perkara ini.

Berdasarkan hakikat itu, sepatutnya tidak ada masalah lah untuk penyokong-penyokong dibawah menyokong parti mana atau siapa juga calon yang akan dipertandingkan nanti.

Tapi apa yang kita lihat berlaku di media sosial terutamanya, sangat berbeza dengan gambaran di dunia nyata.  Dimana penyokong-penyokong dari blok politik yang sama, dilihat saling berbalah sesama sendiri dalam soal mengadakan pilihanraya tersebut.

Antara yang seringkali didebatkan ialah soal masa, kewajaran, kos, calon dan sebagainyalah. Ada juga faktor undang-undang dan yang seperti itu.

Dari komen-komen yang diberikan, walaupun tidak secara jelas merujuk kepada isu apa, ramai boleh faham kenapa pertelingkahan ini berlaku dan inilah antara kebimbangan yang pernah disuarakan banyak pihak sebelum PRU14 lagi.

Kita bagaimanapun berharap semua pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik walaupun dari segi politik, keadaan ini jelas memberikan kelebihan kepada UMNO/BN.

Begitupun UMNO/BN harus juga berpijak di bumi yang nyata.  Berdasarkan keputusan PRU14 yang lalu disamping kekuatan calon parti lawan yang bakal ditampilkan, ternyata bukan mudah untuk kita menawan semula kerusi tersebut yang sudah terlepas sejak PRU tahun 2008 lagi.

Sebab itu UMNO/BN pada pandangan saya, harus menggunakan sepenuhnya kesempatan dari pilihanraya kecil ini untuk menyebarkan pembaharuan yang sedang dijalankan di dalam parti kepada rakyat, terutama sekali dalam soal kerjasama antara UMNO dan PAS ini.

Jangan pulak tak bertanding!  Rugi. Mana tahu, dengan perbalahan sesama sendiri parti lawan, disamping pelbagai isu seperti perlaksanaan SST, janji yang tinggal janji dan sebagainya, kita ada peluang untuk menambah kerusi?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker