Najib kecam individu dakwa surat derma ‘tidak sah’

Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar dakwaan seorang individu yang mengaku dirinya sebagai seorang penyiasat bahawa semua surat berkaitan derma yang diterimanya dari Arab Saudi adalah ‘tidak sah’ kerana tidak ditandatangani oleh Putera Abdulaziz Al-Saud sendiri.

Sebaliknya, surat-surat tersebut ditandatangani oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pembantu putera itu.

“Saya tidak boleh mengesahkan apa yang dikatakan penyiasat itu mengenai tandatangan itu, apa yang saya tahu dalam dunia perniagaan, ada juga berlaku kakitangan menandatangani surat bagi pihak majikan mereka,” ujar Najib dalam paparan Facebook beliau, hari ini.

Dakwaan penyiasat tersebut bagaimanapun tidak menyatakan langsung mengenai dokumen rasmi bank yang menunjukkan pemindahan-pemindahan dana tersebut dibuat melalui akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari bank akaun milik Putera Faisal bin Turkey bin Al-Saud di Arab Saudi.

“Mereka yang membaca artikel ini tanpa memikir dengan lebih mendalam akan membuat kesimpulan bahawa saya cuba memperdaya rakyat.

“Artikel itu turut memilih untuk tidak menyatakan fakta bahawa saya telah memulangkan RM2.6 bilion kepada Tanore beberapa bulan selepas menerimanya sebagaimana ditunjukkan oleh dokumen bank yang saya kongsikan minggu lalu,” kata Najib sambil menambah, pemulangan dana tersebut turut diakui oleh WSJ melalui buku ‘The Billion Dollar Whale’.

“Ini membuktikan saya tidak mencuri atau menyimpan berbilion ringgit untuk kegunaan peribadi dan saya bukanlah penyangak, penyamun atau pencuri sebagaimana dituduh pelbagai pihak,” tambah Najib. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker