ISU TANAH: Siapa Khianat FELDA?

Pengesahan Polis bahawa tiada kes ke atas syarikat pemaju hartanah untuk tanah FELDA, Synergy Promenade Sdn Bhd, menunjukkan sejak setahun lalu isu Felda tidak diuruskan dengan cekap oleh pengurusan tertinggi Felda.

Kontroversi lalu bermula apabila Pengerusi Felda yang lalu, Tan Sri Shahrir Samad, mendapat maklumat yang salah dari pengurusan Felda dan mendedahkan kononnya tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur telah berpindah tangan dan menyebabkan Felda rugi berbilion ringgit.

Kenyataan ini bukan sahaja memberi imej buruk kepada Felda dan juga kerajaan Barisan Nasional. Akibatnya generasi kedua dan ketiga Felda marah kepada kerajaan dan merasakan mereka ditipu oleh kerajaan.

Apa yang teradi sebenatnya ialah Synergy Promenade telah menandatangan perjanjian dengan Felda untuk membangunkan Kuala Lumpur Vertical City. KLVC yang bakal dibina di atas tanah milik Felda di Jalan Semarak itu pada asalnya bagi merealisasikan hasrat Felda yang mahu membina tiga menara, setiap satunya mempunyai ketinggian 68, 75 dan 70 tingkat yang beranggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sehingga RM2.5 bilion.

Bagi keperluan pembiayaan untuk menyempurnakan projek pembangunan itu, syarikat memindahkan sebahagian hak milik tanah bagi membolehkan syarikat mendapat kewangan yang mana caj ke atas tanah tersebut akan dijamin pihak pertama sebagai jaminan.

Ada beberapa pihak dalam Felda dan di luar Felda mengambil kesempatan untuk memburukkan Fekda di bawah Tan Sri Isa Samad telah mendedahkan isu ini secara separuh benar dan pemalsuan fakta.

Tuduhan antara lain ialah pemindahan hak milik tanah berkenaan membabitkan isu korupsi dan penyelewengan. Walaupun sudah dijelaskan proses pemindahan hak milik berkenaan dilakukan selaras dengan perjanjian yang dicapai antara pihak kami, Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan bertujuan memudahkan pembiayaan kewangan, ia tetap tidak diendahkan oleh pengurusan dan juga parti pembangkang ketika itu (Pakatan Harapan).

Justeru kenyataan Polis yang menyatakan tiada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa dalam projek pembangunan ini menimbulkan satu tanda tanya baru, siapa yang memberi nasihat dan pandangan kepada Sharir Samad sehingga menyebabkan Felda dipandang serong dan terhakis sokongan anak-anak peneroka kepada Barisan Nasional dan UMNO?

Pengerusi salih bertukar, pengurusan masih orang sama? Atau maklumat tersebut datang dari luar Felda yang mempunyai agenda politik?

Hari ini Barisan Nasional telah kalah, UMNO hilang kuasa, nasib peneroka tidak menentu dengan kejatuhan harga minyak sawit dan bayaran lambat. Siapa yang khianat FELDA – Barisan Nasional atau individu tertentu yang menyebarkan fakta separuh benar sehingga menjejaskan imej Felda?

https://mykmu.net/2018/01/15/felda-dapat-kembali-hak-milik-tanah-di-jalan-semarak/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker